Thursday, May 7, 2009

PPSMI tiada kesudahan

Hari ini ramai sibuk memperkatakan keberkesanan PPSMI ini dan ada juga yang menyelarnya kerana menyebabkan Bahasa Melayu dipinggirkan.Ramai yang diantaranya merupakan karyawan Melayu menunjukkan protes terhadap PPSMI ini.Namun adakah PPSMI ini retorik kerajaan atau usaha untuk menaikkan prestasi rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu..Ramai mengatakan ini adalah mainan politik semata-mata untuk meraih sokongan untuk kerajaan.Namun bagi saya cadangan ini adalah bernas,PPSMI ini adalah bernas.

Saya mengatakan bahawa PPSMI ini adalah bernas kerana sesuai dengan bangsa apa yang menguasai ilmu itu sendiri.Bangsa dari barat merupakan pelopor dalam bidang ilmu yang rata-ratanya menggunakan bahasa Inggeris dalam bertutur dan menyampaikan ilmu.Jadi mengapa ramai yang membantah penggunaan bahasa Ingeris dalam pengajaran Sains dan Matematik terutamanya pihak karyawan Melayu? Tidakkah kita sedar bahawa ilmu Sains dan Matematik kini dikuasai oleh saintis dari barat.Mari kita lihat sejarah ya..Semasa dakwah Islamiah rancak diperkembangkan ke srata Tanah Arab, ilmu Sains dan Matematik itu sendiri telah dikuasai saintis Kristian dari barat dan bahasa yang digunakan secara majoriti ialah bahasa dari bangsa Yunani.Ketika kebangkitan Islam,ramai saintis Islam berhijrah ke Eropah untuk belajar dan cuba menguasai ilmu yang dikuasai oleh saintis barat.Saintis Islam tidak menggunakan bahasa Arab dalam pembelajaran mereka tetapi saintis Islam belajar bahasa dari bangsa Yunani untuk mempelajari ilmu.Kemudian barulah saintis Islam melakukan penterjemahan dalam bahasa Arab.

Ini pula kisah saintis Barat.Apabila Islam menjadi pelopor ilmu di dunia,saintis Barat terpaksa pula berhijrah ke kawasan timur tengah ataupun kawasan eropah yang ditakluki oleh umat Islam untuk mendapatkan ilmu.Mereka pula harus belajar menguasai bahasa Arab untuk belajar dan memperoleh ilmu disana.Mereka juga turut melakukan penterjemahan dalam bahasa mereka sendiri iaitu sama ada Itali,Perancis ataupun Sepanyol.Kini bangsa-bangsa inilah yang menguasai ilmu dan ilmu ini dalam bahasa Inggeris.Saintis barat juga mempelajari bahasa Arab untuk mengkaji kitab suci Al-Quran yang umat Islam kini pun memingirkan kitab suci sendiri.

Jadi wahai bangsa Melayu,lihatlah betapa mereka yang menyukai ilmu ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mengusai ilmu dan memperoleh ilmu.Saintis barat juga antaranya segilintir yang menguasai bahasa Arab semata-mat ingin mengkaji Al-quran.Untuk mengkaji Al-Quran bukan semata-mata melihat dan membaca sahaja pada terjemahannya dalam bahas apa sekalipun tetapi perlu menguasai bahasa Arab untuk mengkajinya.Tidakkah kita berasa malu kerana sampaikan bangsa atau saintis Barat sanggup mempelajari bahasa Arab untuk memperoleh ilmu.Kejadian janin,siang dan malam,kejadian bumi dan bermacam lagi semuanya ada didalam Al-Quran yang ada dalam bahasa Arab dan kini ilmu itu telah bertukar bahasa ke bahasa Inggeris.Juga,tidakkah kita berasa malu apabila saintis Islam sangup mempelajari bahasa lain semata-mata untuk menuntut ilmu dari bahasa lain dan mereka ini menterjemahkannya.Ini bukan retorik politik ataupun agenda tersendiri ataupun ideologi untuk memusnahkan bahasa bangsa saya sendiri tetapi sedarlah bahawa,ketika bahasa Melayu menjadi lingua franca adalah kerana agama Islam,agama yang kita anuti.Agama Islam itu sendiri datangnya dari bahasa Arab.Saya bukan menjatuhkan bahasa bangsa saya sendiri tetapi ini adalah realiti yang kita seharusnya ketahui.Memang ramai akan memperkatakan,ramai ilmuan berkata kreativiti itu datang dari bahasanya sendiri,tetapi jikalau ilmu asasnya tiada kita masih mempelajari ilmu dalam bahasa kita sendiri iaitu bahasa Melayu kita tidak mampu untuk berfikir scara kreatif kerana ilmu asas itu kita tidak ketahui.Sama juga dgn bangsa barat,mereka mempelajari ilmu dengan asas ilmu yang datangnya dari bahasa Arab dan mereka berfikir secara kreatif menggunakan bahasa mereka sendiri.

Jadi orang melayu seharusnya mengambil iktibar dari sejarah umat Islam keran kita adalah umat Islam.Seharusnya kita tidak lagi berfikir atas perjuangan bangsa dan bahasa tetapi berjuang atas dasar umat Islam dan saudara-saudara seummat.Kita seharusnya cuba berdaya saing dengan mempelajari ilmu itu dengan menggunakan bahasa Ingeris kerana ilmu itu datangnya dari bangsa barat dan mengunakan kekreatifan kita dengan mengunakan bahasa Melayu untuk mengembangkan ilmu itu sendiri.Aktiviti penterjemahan juga harus dilakukan agar generasi akan datang menghargai usaha generasi seummat yang terdahulu cuba yang sebaik mungkin untuk membolehkan generasi akan datang untuk memperoleh ilmu.

Masih ingat akan kata-kata ini,'tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri Cina'.Ini menunjukkan menguasai bahasa bangsa lain adalah penting untuk menguasai ilmu.Dalam pepatah ini,Cina melambangkan tempat,bangsa dan bahasa.Betapa pentingnya kita menguasai ilmu walaupun terpaksa berhijrah dan harus mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu.

No comments:

Post a Comment