Salam...
Sudah lama saya tidak mengepos...huhu..
Hari ni baru balik berjumpa kawan sekolah ku tercinta...seronok pulak bila dapat jumpa Izham yang lagi 2 bulan nak jadi Pak Arab pakar dalam Medic..Zufar yang akan masuk Kolej Poly Tech Mara..Azan sori aku lupa lah name kolej ko..hehehe..Adib yang masih tunggu surat yang entah kat mane la sekarang nih daripada JPA tak sampai lagi..Afiq lak sekarang kat UIA same dengan Izzat Amir..Kami berjumpa dan bersembang sampai ingatkan rumah jamuan yang diadakan oleh Faezudin tuh macam kedai kopi kami la pulak..hehehe..sori ye Faez...hehe..Bersembang-sembang tiba-tiba masuk topik pasal macam mane hidup baru sekarang nih...aku dan Adib sudah tentu berkobar-kobar tanye macam mane kehidupan baru mereka..Ade yang cakap sempoi sahaja dan ade juga yang mengakui hidupan sekolah sudah menjadi kenangan..(maknanya dah susah lah tuh..)..Lepas tuh masuk la topik yang aku memang cemburu tahap maksima..bercakap tentang budak batch yang akan belajar di luar negara. Aku senyap sahaja tapi dalam hati aku ...ya ALLAH..Tuhan sahaja la yang tahu..
Aku memang cemburu dengan mereka yang sudah berangkat ataupun yang akan berangkat ke luar negara untuk menyambung pengjian mereka. Kalau Allah memberi aku kesempatan untuk ulang balik semula masa yang lalu..aku tentu nak buat yang terbaik tapi apakan daya. Inilah aku sekarang yang akan menyambung pelajaran dalam negara sahaja. Betapa aku berasa sedih lagi-lagi aku hanya akan mengambil diploma sahaja dan ini memakan masa yang lama untuk menyambung pelajaran ke degree. Sudah tentu juga ada daripada pihak di bekas sekolah ku akan memandang remeh terhadap aku terutamanya nanti aku ingin mengambil sijil peperiksaan ku. Namun apakan daya:(...Aku cuba jugak mengubati hati ini dengan berkata.."Engkau Ikhwan yang dah lepas tuh biar lepas..lepas nih buat yang terbaik..'..Tapi bila masuk je topik pasal study di luar negara or diploma masih ade saje yang cakap..'tak lame ke'..'rugi la camtuh weh'...'ape la takat diploma je sape nak orang takat diploma'...Macam mane aku nak naik semangat..walaupun keluarga bagi full support tapi yang menghentam punya la ramai..lima kali ganda jumlah keluarga aku yang menghentam aku..camne semngat aku tak luntur...
Memikirkan pasal diploma atau belajar di luar negara membuat aku fikir sejenak..Ade lagi orang yang tak berapa elok nasibnya tapi mampu berjaya dan ada juga yang tak senasib aku malah lagi teruk terutamanya dalam lingkungan umur aku jugak. Jadi aku pun kuat kan semangat..tambah-tambah lagi ade Adib yang bagi aku pemikiran dia sedkit sempoi tapi ke depan. Bukan setakat yang fikir yang di luar tuh juga lah yang lebih berjaya..Bila aku meluah kan sedikit perasaan kat die ..die pun dengan trademarknye sendiri..'rilax sudeh'..kadang-kadang buat aku fikir..camni agaknye dak2 pandai ye..tak fikir sangat pasal benda lain..
Mak, ayah, kak Nisa dan kak Wani dan semua yang telah bagi dorongan..aku mengucapkan terima kasih la banyak-banyak..aku nih tak mudah lupa apa yang orang dah buatkan untuk aku..Jadi aku sepatutnya berasa malu apabila tak berjaya walaupun sudah dibagi dorongan. Trimas semua...
Buat habis-habisan...
Ps: Lepas nih blog nih akan ke arah lebih ekspresi diri daripada isu negara dan global...k...
I.H.I
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment