Friday, April 24, 2009

Dunia memerlukan satu transformasi!!

Salam untuk semua...saya nak perkatakan sesuatu yang hangat secara global...ekonomi!!...
Dunia hari ini mengalami kesan ekonomi yang paling terburuk pernah direkodkan dan ini adalah kerana sistem ekonomi yang diguna pakai..sistem kapitalisma...
Sistem ini dicipta seolah2 'doom to fail'..sistem akan menyebabkan ekonomi dunia akan jatuh setiap 10 tahun sekali..bayangkan..jika dunia harus untuk berkali2 mengadakan injuksi wang keatas ekonomi mereka dan ini memakan masa dan nilai wang yang berharga

Namun jangan terkejut ape yang menyebabkansistem sering kali gagal setiap 10 tahun sekali adalah kerana..wang kertas yang digunakan..sebuah artikel diterbitkan dalam sebuah majalah Islam menarik hati saya..walaupun tidak dinyatakan secara terus tetapi hakikatnya punca segala masalh ini ialah..wang kertas..

Dari sejarahnya sendiri..wang kertas diletakkan asasnya pada satu atau lebih faktor...antaranya ialah..geografi..penghasilan wang kertas..emosi..dan harapan yang ada padanya.Jika dilihat, kenapa mata wang zimbabwe nilainya kurang tetapi dolar amerika nilainya tinggi padahal kedua2 wang diperbuat drpd kertas..Mungkin antara pembaca akan mempertikai dari segi nilai eksport,kdnk sebuah negara dan bermacam lagi..tetapi bila dicuba fikirkan semula..ia hanya kertas..yang diletakkan atas nya ialah expectation..harapan yang ia menjadi rm 50, rm 10, dan rm bermacam lagi.Tetapi sudah tentu rakyat takkan membuang duit ini kerana expectation melebihi segalanya.Sebab itu ekonomi dunia mudah jatuh setiap 10 tahun sekali kerana expectation terhadap wang ini berubah sntiasa lagi2 bg negara yg membangun dan negara yang kurang maju.

Jadi saya ingin bawa anda untuk melihat, apa definisi wang dalam konteks Islam..Ekonomi Islam meletakkan asas wang itu pada sebuah bahan yang wujud dalam bumi yang kuantitinya banyak pada seketika masa tetapi susah untuk mendapatnya.contoh..biji timah..gangsa..emas..Bahan atau elemen ini sesuai dijadikan wang dan mata wang kerana nilainya yang kurang jatuh kerana manusia bergantung padanya selalu dan dalam konteks usaha memang berpatutan dengan apa yang diusahakan..Pernah diungkap oleh salah seorang pemikir islam yang mengatakan..bahan seperti emas layak untuk dijadikan mata wang kerana melambangkan usaha seseorang itu yang sememangnya lumrah dengan sifat bahan itu sendiri..iaitu susah untuk dicari tetapi berusaha lebih maka dapat lebih..

Jadi saya berharap agar lebih ramai muslimin dan muslimat sedar dan cuba membawa perubahan kepada ekonomi dunia yang sememangnya dalam parah dan tiada alternatif lain selain kembali kepada ISLAM!

Sekiranya ada sebarang kesilapan tanpa segan silu tegur lah saya..kerana saya hamba yang lemah...=)

No comments:

Post a Comment