Tuesday, April 28, 2009

HERO kami!!

Salam untuk saudar ku sekalian...tentu anda saudara berasa pelik pabila tajuk kali ini berkaitan pasal hero kami...sebenarnya...hero yg saya maksudkan ialah hero yang diagungkan dalam dunia Islam hari ini iaitu Presiden Iran hari ini iaitu Presiden Ahmedinejad dan Presiden Turki iaitu Presiden Abdullah Gul...

Sejarah yg kita ketahui mengenai presiden Iran ini mungkin kita telah banyak dengari melalui akhbar ..radio..televisyen...Beliau diagungkan kerana mempunyai keberanian yang jitu untuk bersuara di pentas antarabangsa..suara yg dikatakan ditakuti banyak negara Bara yang menyokong idelisme Zionis..Beliau berani menyatakan pendapatnya dan berani melancarkan serangan lisan bahkan mengancam untuk melakukan serangan secara fizikal iaitu melalui ketenteraan..kerana kita ketahui Iran antara negara kuasa nuklear dan antara negara Islam yg mempunyai teknologi tinggi dalam bidang ketenteraan.Ketegasannya bukan sahaja terhadap sikap Barat terhadap umat Islam bahkan mengkritik idealisme Zionis dan menyatakan hidupnya yg tidak sudah bermusuh dengan Zionis.

Presiden Turki ini antara tokoh Islam yang baru melonjak sejak awal tahun 2009.Beliau mula digeruni pabila secara lantang menyatakan kesalnya terhadap serangan Israel terhadap Gaza pada awal tahun secara terbuka dalam satu persidangan ekonomi antarabangsa di Geneva (maafkan sekiranya trsilap fakta).Beliau yang bersidang bersama negara yang lain di atas pentas termasuk Presiden Israel, Benjamin Netanyahu secara terbuka telah membuka topik serangan Israel terhadap Gaza, dan secara keras mula bertekak dengan presiden laknatullah itu.Beliau memberi pelbagai sebab mengapa Israel perlu disekat melalui pelbagai cara saling dibalas sebab2 yg dibagi Presiden Netanyahu mengapa mereka menyerang Gaza.Akhirnya, Presiden Abdullah Gul keluar dari persidangan itu tanpa mengucapkan kata2 selamat tinggal.

Tindakan mereka ini telah menarik masyarakat dunia selain masyarakat Islam.Mereka mula melahirkan gerun dan takut terhdap Barat yg selama ini tidak akan terasa apa apabila masyarakat Islam atau dunia yg mahukan pembebasan,hak dan kepercayaan mereka dilindungi.Mereka mula menjadi ARTIS dalam media antarabangsa.

Saya cuma berharap masyarakat ISLAM terutamanya berhati2 apabila mula menggagumi seseornag tokoh seperti mereka.Cuba saudara perhatikan Presiden Iran,Ahmadinejad.Beliau seorang presiden kepada negara Islam yg rata2 nya berpefahaman dan beriman berdasarkan SYIAH ISLAMIYAH.Disana difahamkan masyarakt syiah berdendam dengan masyarakt Islam yg mempunyai akidah yg betul dan sempurna.Mereka juga mempunyai sambutan hari lahir IMAM MAHDI.Jadi terbit dalam hati saya,mengapa Amerika tidak pernah melancarkan serangan ke atas Iran sedangkan ia mempunyai kekuatan suku tentera Pengaman PBB??..Amerika boleh melancarkan serangan ke atas Iran seperti mana merka melancarkan serangan ke atas Iraq...Mereka juga sering kali hanya bermain perang mulut.Adakah Amerika dan Iran cuba mengaburi mata masyarakat daripada cuba mengatasi masalh umat dengan mengatakan masyarakat Islam mempunyai hero iaitu Iran..

Presiden Abdullah Gul..presiden kepada Turki moden yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Ataturk.Pengasas ini merupakan seorang yang Islam liberal yang mengatakan Islam hanya pada masjid dan aktiviti harian dan dunia mempengaruhi aktiviti rohani yang diperlukan.Pengasas ini juga berkomplot dengan British semasa perang untuk menjatuhkan Sultan terakhir Kerajaan Turki Islamiyyah..sebuh empayar yang dahulunya dikagumi.Kita belum pun mengetahui jika presiden ini berfahaman Isalm liberal ataupun tidak.Walaupun kita ketahui bahawa ad juga yang berfahamankn Ilam yang berasaskan mahzab Imam2 yang diketahui sahih ajarannya berkaitan ilmu agama Islam,tetapi kita tidak boleh terus meletakkan harapan ataupun kaguman kita kepada seorang pemimpin yang kita belum ketahui lagi profil diri mereka.

Jadi saya menyeru agar umat Islam tidak mudah menaruh harapan agar kita tidak dikaburi oleh masalah yang sebnarnya berlaku dalam umat Islam dan berusaha lah kit agar dapat memperbaiki kualiti hidup umat Islam dan kembali pada ajran Nabi kita, Muhammad s.a.w...

Jika terlalu berhabuk, kita lapkan bukan meniupkan agar mata kita tidak sakit
Jika berkabus, perlahankan perjalanan bukan memecut agar kita lebih peka dan sedar lebih awal apa yang ada dihadapan bahkan dibelakang...

No comments:

Post a Comment